DOA-DOA

DOA MELAPANGKAN HATI

Nabi Musa berdoa dengan berkata: 
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku 
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.."

KEBAHAGIAAN JIWA

Surah Luqman:34
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.
Dialah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya
tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang
pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat)
dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia
akan mati. Sesungguhnya Allah s.w.t maha mengetahui, lagi amat
meliputi pengetahuanNya.

ZIKIR MELAPANGKAN HATI

 
SURAH AL-RA'AD: 28-29  
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu 
tenang, tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan 
tempat kembali yang sebaik-baiknya.."