Tuesday 17 April 2012

Pendidikan untuk semua..


Akar ilmu pendidikan sangat susah tapi hasilnya sangat manis apabila diperolehi kelak. Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanan dan konsepnya di kalangan sarjana Barat. Ahli falsafah Amerika, John Dewey menyatakan bahawa pendidikan adalah “The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men.”
Prof. H. Hone pula berpendapat: “Education is the eternal process of superior adjustment of the physically developed, free conscious, human beings to God as manifested in the intellectual, emotional and relational environment of men”.
Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato mengatakan pendidikan bererti memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani dan rohani. Dilihat dari takrif yang diberikan Sarjana Barat, difahamkan bahawa pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih luar atau syumul.
Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk mengubah, melatih, mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.