Friday 18 May 2012

Matematik menyeronokkan...

MATEMATIK MENYERONOKKAN????



CUBA UNTUK MINAT MATEMATIK
Bagaimana kita mahu menjadikan sesuatu subjek itu kegemaran kita sedangkan kita tidak cuba untuk meminatinya? Apabila kita tidak minat terhadap sesuatu perkara, maka secara psikologi (minda) telah set untuk menjauhi sesuatu perkara itu. Jadi bagaimana untuk membuatkan kita minat terhadap subjek matematik? Cuba kita "menipu" otak kita dengan menyatakan bahawa kita minat subjek ini. Cuba untuk berlakon yang kita suka mata pelajaran ini. Mulakan dengan mengenali dan menerokai matematik. Tidak perlu untuk membuat 100 soalan pada permulaan, cukuplah hanya dengan beberapa soalan mudah.
LATIHAN MATEMATIK
Kita tidak boleh pisahkan yang matematik itu adalah latihan. Untuk mahir dan meminati matematik, konsep ini tidak perlu dilupakan. Mula belajar matematik dengan membuat latihan dan bukan dengan membaca, kerana kita perlu mengira untuk memahami matematik.


DISIPLINKAN DIRI
Matematik memerlukan disIplin yang tinggi, latihan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara berterusan. Jangan sesekali 'skip' masa untuk matematik tanpa alasan yang munasabah. Dari segi masa, pastikan masa yang digunakan untuk menjawab soalan perlulah dipertingkatkan bagi menguji kemahiran dan kecekapan.



SIFIR MATEMATIK
Ramai yang agak malas untuk cuba mengingati sifir menyebabkan mereka tidak dapat menguasai subjek matematik. Mungkin alasan yang diberikan oleh kebanyakan mereka yang malas untuk mengingati sifir adalah kemudahan mesin kira yang telah dicipta.Sebenarnya selain daripada digunakan untuk melakukan banyak operasi dalam matematik, menghafal sifir akan membuatkan otak kita lebih cepat dan cekap mengira. Apabila bergantung pada mesin kira menyebabkan otak kita tidak mampu dikembangkan ke tahap yang optimum.



TANAM AZAM
Azam dan kemahuan untuk berjaya adalah kunci kepada kejayaan. Cuba untuk membuka kunci itu dengan menanam azam dan kemahuan yang kuat dan bersungguh-sungguh agar kita boleh cemerlang dalam matematik.